Connect with us

Oh! Media

10 Cara Jimat Elektrik Korang Kena Tahu Ketika PKP

Tnb Cover Final 1

Branded

10 Cara Jimat Elektrik Korang Kena Tahu Ketika PKP

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diumumkan, kebanyakan daripada kita berada di rumah. Bila dah banyak masa diluangkan di rumah, mesti risau penggunaan elektrik pun mula meningkat kan? Jom tengok macam mana kita boleh jimatkan penggunaan elektrik dengan mudah macam Tenaga Nasional Berhad (TNB) cadangkan. Boleh la cuba nanti.

1. Bekerja, belajar bersama

Bil 8

Ada yang kena bekerja ada juga yang kena online class seharian. Nak jimat? Buat semuanya dalam satu bilik, pasang penyaman udara, lampu atau kipas di bilik tu je.

2. Guna lampu yang lebih kecil

Bila waktu malam, dan jika hendak gunakan laptop atau telefon bimbit, tak payahla pasang lampu siling yang terang benderang tu sepanjang masa. Gunakan je lampu yang lebih kecil atau ‘task lighting’ seperti lampu tidur atau lampu meja. Jimat tenaga!

3. Cuba resepi viral terbaru

Bil 12

Setiap kali PKP, ada saja resepi yang viral di laman sosial. Apa kata cuba buat bersama keluarga untuk luangkan masa berkualiti. Tak perlu resepi susah pun, yang ringkas pun dah okay, yang penting, kurangkan masa dengan gajet, sekali gus kuranglah penggunaan elektrik.

4.Bersenam seisi keluarga

Tnb 6

Seharian dalam rumah, mungkin sekeluarga tak seaktif biasa. Untuk kekal cergas dan sihat, boleh ajak semua ahli keluarga untuk membuat home workout. Tak semestinya perlu senaman berat ala atlet, sesi zumba, aerobik ataupun tarian poco-poco pun boleh, yang penting tetap menyeronokkan dan kurang masa diluangkan di depan gajet.

5.Jemur pakaian

Cleanlaundryishungupbyawomantodry

Dari menggunakan mesin pengering pada waktu siang, apa kata jemur pakaian yang telah dibasuh di bawah cahaya matahari. Musim-musim panas macam sekarang, kejap je dah kering, kain baju pun best je bau sebab betul-betul kering kan dan sekali gus menjimatkan tenaga.

6.Kemas peti sejuk

Bil 4

Tahulah musim-musim PKP ni, trip ke dapur akan bertambah, tapi penting juga tau susun barang makanan dalam peti ais secara teratur untuk memastikan aliran udara yang secukupnya dan tenaga digunakan dengan efektif. Satu lagi, makanan panas jangan la terus masuk peti ais, tunggula sejuk dulu, okay?

7. Tutup suis perkakas elektrik yang tidak digunakan

Nampak macam kecil, tapi besar sumbangannya untuk mengurangkan penggunaan elektrik. Dah habis guna laptop, desktop, TV, kipas atau apa juga perkakas dan peranti, rajin-rajinkan untuk tutup suis.

8.Kumpul baju untuk digosok sekali gus

Bil 6

Aduhai, malas betul nak iron baju banyak terus! Aippp, jangan malas-malas, kumpul dan iron sekali gus dapat mengurangkan penggunaan elektrik berbanding gosok sehelai dua sekali. Lagipun, boleh bakar kalori tau!

9.Guna lampu LED 

Tukar kepada lampu LED kerana dalam jangka masa panjang, memang berbaloi untuk menjimatkan penggunaan tenaga berbanding lampu biasa dan juga lebih mesra alam.

10.Kumpul baju kotor, cuci sekali gus

Kalau kapasiti mesin basuh 14 kg, takkan nak basuh baju 2, 3 helai kan? No! Untuk jimat, pastikan kapasiti muatan basuhan optimum okay?

Nak tahu cara-cara lain korang boleh jimat elektrik dan cekap tenaga? Boleh tengok bermacam lagi tip di SINI. Jika anda masih keliru jumlah tenaga diperlukan barangan elektrik di rumah, boleh dapatkan anggaran penggunaan menggunakan Energy Calculator. Ada juga tab Energy Efficiency Label untuk korang baca info berguna tentang barangan elektrik jimat tenaga yang mungkin ramai tak tahu sebelum ini.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas