Connect with us

Oh! Media

Ibu Bapa Tidak Mampu Bayar Kos Rawatan, Jenazah Bayi Ditahan Di Hospital

befunky collage

Trending

Ibu Bapa Tidak Mampu Bayar Kos Rawatan, Jenazah Bayi Ditahan Di Hospital

Sepasang suami isteri terpaksa akur kerana tidak dapat untuk mengebumikan jenazah bayi mereka kerana tidak mampu untuk membayar kos perubatan hospital berjumlah 2.3 juta rupiah (RM697).

BACA: Terlampau Berjimat, Hanya Benarkan Lampin Kotor Anak Ditukar Ketika Berat Mencecah 200g

Menurut Utusan, Ilham, 21, dan isterinya, Santi Marlina, 19, reda dengan pemergian anak kecil mereka itu namun berasa terkilan kerana tidak dapat untuk menguruskan jenazah anak mereka dengan kadar yang segera.

IKLAN

Ilham dan Santi terdahulunya membawa bayi mereka yang sakit untuk mendapatkan rawatan di Hospital Umum Muhammad Sani Karimun di Indragiri Hilir, Riau.

Namun, selepas dua hari menerima rawatan, bayi mereka itu disahkan meninggal dunia dan kerana pasangan suami isteri tidak mampu menjelaskan bil rawatan, maka jenazahnya terpaksa ditahan sehingga kos rawatan itu dapat diselesaikan.

Lebih menyukarkan keadaan, Ilham dan isterinya tidak mempunyai sebarang surat menyatakan bahawa mereka adalah golongan asnaf yang membolehkan bil rawatan diselesaikan oleh kerajaan.

Jenazah bayi kami ditahan oleh pihak hospital sehingga kami membayar bil rawatan.

Namun, kesedihan kami sedikit terubat apabila Ketua Polis Karimun, Tony Pantano membantu kami menjelaskan bil tersebut.

Alhamdulillah, kami dapat mengebumikan jenazah anak kami dan terima kasih diucapkan kepada Tony dan pihak lain yang membantu kami

Dalam pada itu, Ilham dan Santi turut merakamkan rasa terkilan dan kecewa selepas pihak hospital bertindak menahan jenazah bayi mereka.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas