Trending
“Takut Tangan Putus Jer Tu Makcik..”- Netizen Risau Tengok, Takut Jadi Sasaran Peragut
Pada
Oleh
Memang tidak dinafikan, barang kemas tidak dapat dipisahkan dengan orang perempuan. Lagi-lagi, bila mereka semakin berumur, macam dah jadi mainan yang wajib mereka kumpul tak kira rantai ataupun gelang emas.
Namun, bila pakai barang-barang yang berunsur emas, tuan empunya badan tu kenalah sentiasa berhati-hati sebab takut jadi sasaran utama penjenayah untuk meragut pula.
Macam baru-baru ini, satu video tular di TikTok menunjukkan seorang wanita warga emas menjulurkan tangannya yang mempunyai cincin serta gelang emas besar keluar dari sebuah tingkap kereta yang membuatkan ramai berasa risau.
Kelihatan ‘mak cik’ tersebut berada di bahagian duduk penumpang hadapan seakan-akan sedang menunggu sesuatu sambil mengeluarkan tangannya keluar tingkap kereta yang dinaiki.
@nrlilyly #ohno#berhatihati#makcikgelangemas ♬ Oh No Oh No Oh No No No – Dubskie
Disebabkan tindakan yang di buat olehnya itu sememangnya membahayakan diri, ramai memberi amaran dan meminta dia untuk lebih berhati-hati kerana ‘malang tidak berbau’.

Meninjau di ruangan komen, ramai berpendapat warga emas itu tidak menyayangi tangannya dengan berbuat sedemikian dan dalam pada masa yang sama, ada juga kata mungkin gelang tersebut tidak tulen kerana dia seakan-akan tidak kisah dengan apa yang dilakukan ketika itu.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pemergian seorang ibu pastinya meninggalkan kehilangan yang cukup besar buat anak-anak dan keluarga. Hargailah ibu bapa...
Mohd Shuhaily masih menjalankan tugas Ketua Pengarah AKPS kerana belum menerima arahan rasmi untuk kembali berkhidmat...
Diskaun tol 50% sempena Deepavali 2026 bermula 6 November selama dua hari. Semak tarikh, kategori kenderaan...
Da’i Syed dilepas dan dibebaskan Mahkamah Rayuan daripada pertuduhan merogol wanita pada 2019 menerusi keputusan majoriti...
Denda RM50 juta Najib Razak bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah dilaporkan...