Connect with us

Oh! Media

Padah Tekan Harga Tomyam Udang Hingga RM30. Restoran Tomyam Dikenakan Kompaun!

ohmedia2btomyam2budang2brm30png

Trending

Padah Tekan Harga Tomyam Udang Hingga RM30. Restoran Tomyam Dikenakan Kompaun!

Mesti korang pernah kena tekan harga tak masuk akal dengan sesetengah peniaga restoran kan? Sebenarnya kita sebagai pelanggan ada hak untuk mempersoal dan membuat aduan terus kepada KPDNHEP sekiranya terdapat peniaga yang berbuat sedemikian.

Terbaru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengenakan kompaun terhadap sebuah restoran masakan Thai di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan kerana gagal mempamerkan tanda harga tomyam udang di kedainya.

Restoran yang dimiliki oleh wanita berusia 50-an itu diserbu pada jam 5 petang semalam dan didapati telah mengenakan harga RM30 untuk tomyam udang kepada pelanggannya.

IKLAN

Peniaga tersebut turut memberi alasan saiz makanan laut itu yang agak besar. Bagaimanapun, peniaga berkenaan melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. – Kata Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Azanizam Affendi Juri.

Restoran berkenaan turut mengenakan harga RM91 termasuk tomyam udang kepada dua orang pelanggan. Tindakan pantas ini diambil selepas gambar tidak puas hati seorang pelanggan tersebar di media sosial dan dalam resit itu ada menulis tomyam udang 2 – RM30; sotong kunyit 2 – RM30; K I M (kailan ikan masin 1 – RM5; N P Nasi Putih 3 – RM6; Minuman – RM14 dan tidak pasti menu RM6.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan peniaga tekan harga di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas