Oh! Artis
(Video) Netizen Sebak Lihat Gelagat Hamzah Cium Gambar Abam, Berulang Kali Sebut ‘Ayah’
Pada
Oleh
Tahun ini genaplah dua tahun pemergian pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam yang meninggal dunia akibat demam panas.
BACA: “Tak Sesak Ke Pakai Macam Tu?” – Tular Video Baby Shima Menari Di ‘Jalan New Zealand’
Sudah tentu, insan yang paling terkesan dengan pemergian ahli kumpulan Bocey itu ialah isteri dan anaknya. Terbaru, tular satu video di TikTok yang dimuatnaik isteri kepada Allahyarham Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali yang meruntunkan hati netizen.
@hidayah_hamzah Kenangan Hamzah syg Ayah ❤️ Masa hamzah demam rindu Kat Ayah terus dia ambil gambar Ayah.. Hamzah sayang Ayah sentiasa doakan Ayah ❤️ Al-fatihah suami ku sayangg Syed Umar Mokhtar 🤲#foryou #fyp #kenanganhamzah#anakibuayah#al_fatihahsuamiku ♬ Ayah – Laoneis
Menerusi video tersebut, Hamzah dilihat memegang erat gambar Allahyarham Abam Bocey dan berulang kali mengucup gambar berkenaan. Tindakan Hamzah itu menambah sebak dalam kalangan netizen selepas dia tidak henti-henti menyebut perkataan ‘ayah’.
Perkongsian Hidayah itu mendapat pelbagai respon dari netizen. Rata-rata mereka sebak melihat video berkenaan dan ada juga yang mendoakan agar Hidayah terus tabah dalam menghadapi kehidupan seharian.




Sama kita doakan agar Hidayah terus tabah dalam menjalani kehidupan sehariannya bersama Hamzah dan semoga roh Allahyarham Abam Bocey dicucuri rahmat Nya, Aamiin.
Kredit: TikTok Hidayahhamzah
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Denny Sumargo serah semua urusan duit kepada isteri, Olivia Allan. Dia pernah panik tak mampu bayar...
Bella Astillah jelaskan busana rekaan Fizi Woo di Nona Gala Awards 2026 yang dikecam netizen. Katanya,...
Oh My Kawan, lagu persahabatan Sasi The Don dan Dato' Awie dengan kerjasama Proton e.MAS, tersedia...
Yasmin Hani puji Zarif Ghazzi sebagai pelakon baik dan sopan yang menjaga batas. Dia turut nasihat...
Aina Abdul bangga jadi hijabi pertama di Eurovision Song Contest Asia 2026. Tamat tempat keempat dengan...