Connect with us

Oh! Media

21 Tahun Simpan Mayat Isteri Dalam Rumah, Suami Akur Berpisah Jua

Befunky collage

Trending

21 Tahun Simpan Mayat Isteri Dalam Rumah, Suami Akur Berpisah Jua

Cinta sejati mampu menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja termasuklah dengan menyimpan mayat orang yang tersayang asalkan dapat hidup ‘bersama’.

BACA: Suami Pukul Isteri Hingga Tidak Bernyawa Sehari Sebelum Aidilfitri Hanya Kerana Mangsa Dedahkan Kecurangan

Itulah yang terjadi kepada seorang warga emas di Bangkok yang tinggal bersama mayat isterinya selama 21 tahun di kediaman mereka.

IKLAN

Menurut Harian Metro, Charn Janwatchakal, 72, akur untuk berpisah dengan jasad wanita kesayangannya itu dan membenarkan untuk jasad isterinya itu disemadikan pada 30 April yang lalu.

Charn tinggal bersama jasad isterinya yang diletakkan dalam keranda di rumah kecil yang kelihatan seperti stor dan tidak mempunyai bekalan elektrik. Dia juga akan bersembang dengan jasad isterinya itu dengan beranggapan wanita itu masih hidup.

Namun, kerana bimbang isterinya tidak akan mendapat upacara sewajarnya sekiranya dia meninggal dunia, Charn menghubungi Yayasan Phet Kasem Bangkok untuk bantuan menguruskan pengebumian.

Untuk makluman, sijil kematian isteri kepada Charn itu telah pun didaftarkan pada tahun 2001 dan difahamkan tiada tindakan yang akan dikenakan kepada lelaki berkenaan selepas menyimpan jasad isterinya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas