Connect with us

Oh! Media

Siti Nurhaliza Menangis Depan Kaabah, Luah Rindu Rasai Nikmat Jadi Orang Biasa

Cover Photo Om 1200 X 675   2022 04 27t122243585

Oh! Artis

Siti Nurhaliza Menangis Depan Kaabah, Luah Rindu Rasai Nikmat Jadi Orang Biasa

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menghabiskan hari-hari terakhir Ramadan dengan menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.

BACA: Dikecam Ganggu Privasi Gara-Gara Rakam TokTi Di ATM, Wanita Ini Mohon Maaf

Meskipun tidak ditemani suami, penyanyi ini meluahkan rasa syukur kerana suami memberi keizinan buatnya.

IKLAN

Apa yang membuatkan netizen sedih apabila Siti atau lebih mesra dipanggil TokTi menitiskan air mata saat berada di depan Kaabah.

Beliau berasa seronok dan terharu dapat berada dalam kalangan orang biasa beramai-ramai menadah tangan berdoa untuk diri masing-masing. Sambil menangis TokTi berkata suasana beginilah yang sangat beliau rindukan.

Ini yang saya rindu sebenarnya, saya jadi orang biasa, dapat duduk macam ni. Saya duduk dengan orang-orang biasa buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya.

TokTi bersyukur Allah SWT mengizinkannya jejak kaki ke tanah suci pada kali ini walaupun terpaksa meninggalkan anak-anak di rumah.

Untitled design 2022 04 27t101705510

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sayu melihat penyanyi itu menitiskan air mata. Semoga penyanyi ini mendapat umrah yang mabrur.

Kredit: TikTok @kick_kapoor8989

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas