Connect with us

Oh! Media

Pelanggan Kecewa Peniaga Layan Teruk, Ambil Makanan Salah Hantar Tanpa Tanya Dahulu

Ohmedia restoran

Oh! Makan

Pelanggan Kecewa Peniaga Layan Teruk, Ambil Makanan Salah Hantar Tanpa Tanya Dahulu

Sepanjang bulan Ramadan, ramai ahli keluarga yang mengambil masa untuk meluangkan masa dengan berbuka puasa bersama kerana ianya merupakan satu bulan yang istimewa dan berlaku sekali dalam setahun.

Kebanyakkan restoran-restoran juga akan ditempah lebih awal kerana selalunya restoran akan penuh semasa berbuka puasa.

Namun, kadang-kadang tempahan yang dibuat tidak sama dengan apa yang diminta oleh pelanggan. Itulah yang terjadi oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai @miya di mana tempahannya tersilap ambil oleh peniaga restoran.

IKLAN

Tetapi, perasaan kecewanya bukan disebabkan makanan yang salah diberi oleh peniaga, tetapi cara layanan peniaga restoran itu kepada dia dan keluarganya. Menurutnya, menu ‘buttermilk’ tidak disertakan dalam tempahan, bagaimanapun peniaga kedai tersebut meletakkan menu itu di atas meja mereka.

Dia dan keluarga juga bersepakat untuk membayar makanan itu walaupun tersalah, akan tetapi pelayan di kedai itu membuat kecoh dan mengambil semula makanan yang telah diletakkan di atas meja dengan alasan makanan itu tidak ditempah oleh mereka.

Peniaga itu juga tidak meminta maaf kepada dia dan keluarga sebaliknya ‘membuat muka’ dan juga cara percakapan peniaga restoran itu sangat kasar terhadap Miya.

Cerita terperinci juga diceritakan oleh Miya di ruangan komen TikTok.

Rata-rata netizen juga turut berasa tidak puas hati menerusi video yang dimuat naik dan mengharapkan layanan yang lebih baik daripada peniaga restoran kepada pelanggan yang datang ke restoran.

Benda boleh bincang!

Tanya customer dahulu sepatutnya…

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas