Connect with us

Oh! Media

Mat Saleh Enggan Pakai Pelitup Muka, Tunjuk Isyarat Lucah, Kini Diburu Polis

befunky collage

Trending

Mat Saleh Enggan Pakai Pelitup Muka, Tunjuk Isyarat Lucah, Kini Diburu Polis

Seorang warga asing yang berang selepas ditegur pengawal keselamatan kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah pasaraya kini diburu polis.

BACA: Tular Video Lelaki China Berpaut Dan Diseret Myvi?

Harian Metro melaporkan, siasatan berhubung kejadian seorang lelaki warga asing tidak memakai pelitup muka yang turut menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan itu akan dijalankan pihak polis.

IKLAN

Superintendan Ashari Abu Samah, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju berkata, polis mengesan isu berkenaan selepas tularnya video berdurasi 18 saat dimuat naik oleh dua pemilik akaun TikTok.

Satu laporan polis sudah diterima mengenai kejadian itu.

Video itu memaparkan seorang lelaki dipercayai bukan warga negara tidak memakai pelitup muka dan mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan yang sedang bertugas di pasar raya.

Tular di twitter

Semalam tular di Twitter satu video yang menunjukkan seorang lelaki warga asing dilihat memarahi pengawal keselamatan yang bertugas selepas dia diminta untuk memakai pelitup muka.

Walaubagaimanapun, lelaki terbabit mengakui kesilapannya dan tampil memohon maaf melalui satu hantaran mesej di Instagram.

screenshot 2022 04 18 at 110118

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan lelaki terbabit yang tidak memtahui peraturan yang ditetapkan.

screenshot 2022 04 18 at 110251
screenshot 2022 04 18 at 110303

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Kredit: Harian Metro | Twitter hyoster

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas