Trending
Tular Video Lelaki Berjubah Putih ‘Berdoa’ Ketika Tunggang Motosikal
Tular di media sosial satu kejadian yang lucu dilakukan seorang lelaki yang berjubah putih yang mengangkat kedua-dua tangan seperti berdoa ketika menunggang motosikal.
BACA : Orang Sibuk Solat Terawih, Tiga Pelajar Maut Kerana Lumba Haram
Menurut video yang dimuatnaik Buletin Info 1 Malaysia/Global di Facebook, ianya dirakamkan di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE), Kuala Lumpur dan dipercayai ketika lelaki berkenaan baru saja selesai membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar.
Apa yang dapat dilihat, lelaki berkenaan melepaskan handle motosikal sambil menadahkan tangan. Bukan tu jer, dia juga meletakkan tongkat dilehernya.
Walaubagaimanapun, perbuatan yang dilakukan lelaki berjubah putih itu sangatlah bahaya dan boleh menyebabkan kemalangan. Ianya juga secara tak langsung akan menyusahkan pengguna jalanraya lain.
Kalau nak menadah tangan untuk berdoa sekalipun, biarlah kena dengan tempatnya. Apapun, sentiasalah berhati-hati ketika berada dijalanraya ya.
Kredit: Facebook
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
