Trending
“Jalan Raya Bukan Tempatnya” – Individu Memandu Secara Laju Di Ulu Yam Dikecam Netizen
Penggemar kereta pasti mengimpikan jentera yang hebat dan sudah pasti mereka akan melakukan beberapa siri pemanduan untuk menguji kehebatan jentera mereka. Namun begitu, janganlah memandu secara merbahaya sehingga membahayakan nyawa orang lain.
BACA: (Video) Netizen Selar Individu Paksa Anjing Jalan Laju, Pegang Tali Dari Dalam Kereta
Aksi membahayakan pengguna jalan raya
Ya jentera anda memang padu. Tetapi jalanraya bukan tempat untuk menguji kehebatan.
— MyWatch (@My_CrimeWatch) April 9, 2022
Mohon pihak berkuasa pantau jalan di Ulu Yam ini kerana ia sering jadi lokasi perlumbaan. pic.twitter.com/287ttwd1Eo
Menerusi ciapan dibuat @My_CrimeWatch di Twitter, tular video menunjukkan seorang individu memandu secara berbahaya untuk menguji kehebatan jenteranya.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah jalan di Ulu Yam itu boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain sekiranya berlaku kemalangan.
Ya jentera anda memang padu. Tetapi jalanraya bukan tempat untuk menguji kehebatan
Mohon pihak berkuasa pantau lokasi di Ulu Yam ini kerana ia sering jadi lokasi perlumbaan
Membangkitkan kemarahan netizen
Video yang dikongsikan itu mendapat respon dari netizen. Rata-rata mereka marah dengan tindakan individu berkenaan.



Walaupun tidak berlaku seberang kecelakaan, tindakan pemandu tersebut boleh mengakibatkan kemalangan yang serius sehingga menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tidak terlibat. Sebaliknya, gunakanlah trek yang sepatutnya untuk menguji kehebatan jentera anda.
Diharapkan pihak berkuasa memantau isu ini agar tiada berlaku sebarang kes yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
Kredit: Twitter MyWatch
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM