Connect with us

Oh! Media

Buat Murtabak Mini Guna Kulit Popia, Bukan Setakat Senang, Rasa Pun Sedap!

Article 4 29 3

Oh! Lifestyle

Buat Murtabak Mini Guna Kulit Popia, Bukan Setakat Senang, Rasa Pun Sedap!

Siapa yang suka makan murtabak? Haa kalau bulan puasa nanti, mesti ramai yang pergi bazaar cari murtabak kan? Hari ini Oh! Media nak kongsikan dengan korang, resipi murtabak mini yang korang boleh buat dekat rumah, guna kulit popia je!

Kalau sebelum ni malas nak buat murtabak sebab banyak kerja, kena uli doh lagi, leceh kan? Sekarang ni dah tak payah nak uli doh, korang guna je kulit popia, ikut resipi yang dikongsikan oleh Dianadiandra Diana ni! Memang padu murtabak dia!

Bahan-bahan

  • Kulit popia
  • 3 biji ubi kentang yang dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih yang dipotong dadu
  • 3 sudu makan rempah kari ikan
  • Daun sup atau daun bawang
  • Isi ayam atau daging yang dicincang
  • 2 biji telur ayam

Cara-cara

Pertama sekali, korang panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih dan masukkan rempah. Tuang sedikit je air, jangan banyak-banyak.

IKLAN

Lepas dah pecah minyak, korang boleh masukkan isi ayam dan kentang, masukkan garam dan gula secukup rasa.

Gaul sebati adunan tu dan masak sampai kering dengan api yang sederhana.

murtabak mini

Kemudian, pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan pukul sebati.

Masukkan bahan inti yang dah dimasak tadi ke dalam telur dan gaul sebati.

Selepas dah gaul sebati bersama telur, korang boleh letakkan inti tersebut di atas kulit popia. Lipat kulit popia seperti bentuk murtabak, okay!

murtabak mini
May be an image of food and text that says 'R AI QUAD CAMERA Shot on realme 5'

Akhir sekali, bila dah siap lipat semua inti dalam kulit popia, korang dah boleh goreng dalam periuk ajaib ataupun pan yang tidak melekat.

Jangan guna minyak banyak sangat tau! Guna minyak sikit je. Kalau nak garing, goreng lah lama sikit dan balik-balik murtabak mini tu sehingga masak.

Bila dah siap masak, murtabak mini pun siap untuk dihidang! Senang je kan?

murtabak mini

Jadi, tunggu apa lagi tu? Pergi la cuba buat murtabak mini ni! Senang sangat, boleh buat untuk juadah berbuka puasa nanti. Selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas