Connect with us

Oh! Media

Ini Teknik Latihan Untuk ‘Kuatkan’ Paru-Paru Lepas Sembuh Dari Jangkitan Virus

Article 2 28 3

Oh! Lifestyle

Ini Teknik Latihan Untuk ‘Kuatkan’ Paru-Paru Lepas Sembuh Dari Jangkitan Virus

Sesiapa yang pernah dijangkiti Covid-19 mesti mengalami masalah pernafasan kan? Ini kerana, virus Covid-19 telah menyerang dan mengganggu bahagian paru-paru dan menyebabkan pernafasan menjadi tidak lancar seperti sebelum terkena jangkitan virus.

Walaupun seseorang itu sudah negatif selepas beberapa hari pulih daripada jangkitan, namun ramai yang mengadu memiliki masalah pernafasan dan tidak normal seperti sedia kala.

Hal ini menjadikan seseorang itu menjadi tidak selesa dan bimbang akan tahap kesihatan, selepas pulih daripada jangkitan Covid-19.

IKLAN
paru-paru

Namun, korang jangan risau! Baru-baru ini, Dr Arisman ada berkongsi mengenai teknik latihan untuk menguatkan paru-paru selepas terkena jangkitan Covid-19.

Teknik yang dikongsikan ini sangat mudah dan boleh dibuat untuk mereka yang merupakan bekas pesakit Covid!

Jom kita cuba!

Teknik kuatkan paru-paru

Ada lima teknik yang dikongsikan oleh Dr Arisman, iaitu yang pertama adalah duduk tegak atau baring dengan keadaan yang selesa.

Kemudian, letakkan satu tangan pada dada dan satu tangan lagi pada perut.

Tarik nafas melalui hidung selama 4 saat, dan tahan selama 4 saat.

Akhirnya hembus nafas melalui mulut perlahan-lahan untuk tempoh dua saat.

5 Kebiasaan Pintar demi Kesehatan Paru-paru Halaman all - Kompas.com

Haa itulah dia teknik untuk menguatkan paru-paru! Kalau korang amalkan teknik ni setiap hari, In sha Allah akan lancar pernafasan korang.

Tapi kalau masih mempunyai masalah pernafasan, korang dinasihatkan untuk pergi ke klinik berdekatan atau hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Semoga kita semua diberikan kesihatan tubuh badan yang sempurna dan dihindarkan dari sebarang kemudaratan. Selamat mencuba semua!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas