Connect with us

Oh! Media

Baru 4 Hari Sekolah, Cikgu Mengadu Anak Asyik Menangis, Tak Ada Kesedaran Nak Belajar

Cover Photo Om 1200 X 675   2022 03 25t123716093

Trending

Baru 4 Hari Sekolah, Cikgu Mengadu Anak Asyik Menangis, Tak Ada Kesedaran Nak Belajar

Di Facebook, tular luahan hati seorang ibu yang berasa sedih apabila membaca pesanan Whatsapp yang dihantar cikgu kepadanya.

BACA: “Mana-Mana Rancak” – Tak Reti Jawab Exam, Jawapan Pelajar Ini Buat Cikgu Termenung

Dalam pesanan Whatsapp itu, cikgu mengadu anaknya asyik menangis sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

IKLAN

Anak asyik menangis

277106744 2065754233597972 6142725357717119201 n 1
277103905 2065754263597969 151473106954521603 n 1
277222780 2065754306931298 7055095160726599345 n

Dia dimaklumkan, anaknya seolah-olah belum bersedia untuk ke sekolah dan tiada kesedaran untuk belajar.

Ya allah sedihnya la, baru 4 hari anak sekolah cikgu dah Whatsapp macam ni, tak normal ke kanak-kanak 5 tahun menangis ke sekolah?? Budak 5 tahun dikatanya tak ada kesedaran nak belajar. Sedih betul sampai macam ni cikgu pandang anak saya.

Jelas wanita ini lagi, anaknya yang berusia lima tahun memang tidak pandai membaca tidak seperti kanak-kanak sebaya yang lain. Dia yang berasa tersinggung bertanya adakah anaknya tidak layak untuk masuk ke tabika perpaduan.

Apa perlu dibuat?

277226057 2065871983586197 8084538753422761153 n

Katanya, setiap hari dia memujuk anak supaya ke sekolah. Anak tidak meraung tetapi riak wajahnya monyok dan air mata mengalir.

Saya pun tak tahu umur berapa kesedaran nak belajar kanak-kanak untuk belajar ada. Apa perlu saya buat?? Sekolah kerajaan anak-anak ibu cikgu garang-garang ke? Ada law ke hanya budak pandai je boleh masuk??

Wanita ini turut bertanyakan orang ramai adakah keadaan itu tidak normal. Dia bertanya apakah langkah terbaik yang perlu dibuat untuk mengatasi masalah anaknya itu.

Perkongsian penuh:

Selepas tiga jam dimuat naik, perkongsian ini telah mendapat lebih 6,000 shares dan 3,000 komen. Ibu bapa masing-masing memberikan nasihat dan semangat buat wanita ini supaya bersabar.

Kredit: Facebook Sofia Hussien

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas