Connect with us

Oh! Media

“Bayar Hutang 1MDB Tak Guna Duit Rakyat” – Najib Razak

article 4 2 3

Oh! Negara

“Bayar Hutang 1MDB Tak Guna Duit Rakyat” – Najib Razak

Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa pembayaran prinsipal hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak ada menggunakan satu sen pun duit rakyat.

BACA: Aset Rohana Rozhan Dibeku SPRM, Beli Rumah Untuk Tutup Rahsia 1MDB?

Menerusi laporan Awani, bayaran yang diterima daripada Goldman Sachs sebanyak RM16.4 bilion merupakan wang bank yang digunakan untuk membayar hutang 1MDB dan ia bukannya duit rakyat.

IKLAN

Satu sen pun tak guna duit rakyat

140924195216 aman najib razak

Terdapat beberapa dana lain seperti Jabatan Kehakiman (DOC) Amerika Syarikat, Ambank, KPMG dan Deloittes yang bernilai RM23 bilion juga bukannya duit rakyat.

Sepatutnya wang ini boleh digunakan untuk membayar hutang 1MDB. Hakikatnya, satu sen pun prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar guna wang rakyat.

Pada 2018 hutang 1MDB berjumlah RM32 bilion. Pada 2019 hutang RM32 bilion. Pada 2020 hutang RM32 bilion. Pada 2021 hutang RM32 bilion.

Najib menyatakan bahawa beliau tidak pernah dengar Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional menyebut mengenai 1MDB membiayai pembinaan dan proses menaik taraf pangkalan anggota pertahanan, termasuk Pangkalan Udara Sendayan, yang merupakan pangkalan udara terbesar di negara ini.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana boleh ada ‘kata-kata’ yang rakyat menanggung hutang 1MDB padahal ianya merupakan aset-aset yang boleh menambah pendapatan kerajaan dan rizab negara.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Popular Bulan Ini

Komik Sembang Jerr

Oh! Sembang Jerr - Malaysia Indonesia FIFA ASEAN Cup

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas