Connect with us

Oh! Media

GRO Korea Selatan Ditawarkan Khas Untuk Layan Golongan Kenamaan Di Pusat Karaoke Diserbu Polis

Ohmedia gro

Trending

GRO Korea Selatan Ditawarkan Khas Untuk Layan Golongan Kenamaan Di Pusat Karaoke Diserbu Polis

Amboi…. Sampai guna khidmat GRO ala-ala artis Kpop sekarang erk? Itulah apa yang berlaku di negara kita apabila ada pusat karaoke yang menawarkan gadis Korea Selatan untuk menemani pelanggan.

Perkhidmatan pusat karaoke ini bagaimanapun berjaya dikesan pihak polis dan melakukan serbuan di premis sekitar Mont Kiara.

Orang VIP pun ramai langgan amoi Korea Selatan ni

Pusat karaoke ini bukan biasa-biasa sebab mereka turut mendapat kunjungan golongan kenamaan VIP dengan pakej layanan eksklusif dan istimewa.

IKLAN

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Syamsul Badrin Mohshin mengesahkan perkara itu dan mendapati mereka menjalankan aktiviti tidak bermoral dengan menawarkan wanita warga asing bersuia 24 hingga 46 tahun.

Mereka memperoleh bayaran sebanyak RM500 bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan selain menerima tip daripada pelanggan. Bayaran bagi setiap bilik pula mencecah sehingga RM2,000.

Semoga lebih banyak lagi tempat-tempat tidak bermoral seperti ini diserbu pihak berkuasa. Kalau korang ada tahu mana-mana tempat yang tawarkan perkhidmatan serupa, jangan berdiam! Cepat-cepat laporkan pada pihak berkuasa ok!

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas