Connect with us

Oh! Media

Khalid Samad Serah Banglo, Proton X70, ‘Penthouse’ Pada Isteri Untuk Poligami

Article 1 21 1

Trending

Khalid Samad Serah Banglo, Proton X70, ‘Penthouse’ Pada Isteri Untuk Poligami

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dibenarkan untuk berpoligami selepas dirinya bersetuju untuk menunaikan hak-hak isteri pertamanya, Zaiton Abu Bakar.

BACA: Beri Kelonggaran Suami Berpoligami Untuk Mohon Rumah Mampu Milik Adalah Tidak Wajar?

Menerusi Free Malaysia Today, keputusan untuk Khalid Samad berpoligami itu telah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam.

IKLAN

Pastikan hak-hak sebagai isteri pertama ditunaikan

Screenshot 2022 01 21 at 85639 am

Pada 8 Disember lalu, Zaiton, isteri kepada Khalid telah memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap permohonan poligami oleh suaminya di Mahkamah tinggi Syariah.

Hakim Abdul Halim Abdullah membenarkan permohonan pembelaan daripada Zaiton untuk buat penyelesaian secara baik dengan suaminya di hadapan beliau.

Nurfarhana Abd Manaf, peguam daripada Tetuan Asri Musa & Co yang mewakili Zaiton berkata, anak guamannya mengarahkan untuk berbincang secara baik bersama Khalid untuk memastikan hak sebagai isteri pertama ditunaikan.

Kita telah membuat satu perjanjian persetujuan Khalid dengan defendan, antaranya adalah nafkah isteri direkod dan diputuskan di hadapan hakim.

Khalid sebagai plaintif bersetuju hendak memberikan sebuah rumah banglo diduduki mereka sekarang bersama sebuah ‘penthouse’ yang kedua-duanya terletak di Shah Alam, ditukar nama kepada Zaiton.

Kemudian beliau juga bersetuju memberikan sebuah kereta yang sedang digunakan, iaitu Proton X70 selain tambahan elaun, iaitu kad kredit kepada defendan. Selain itu, perjanjian tersebut turut direkodkan nafkah bakal isteri yang akan diberikan.

Pertukaran nama hartanah dan kereta atas nama Zaiton akan segera diselesaikan selepas bayaran sewa beli dan ansuran selesai.

Alhamdulillah, semoga semua urusan Khalid Samad dan isterinya, Zaiton dipermudahkan.

Kredit: Free Malaysia Today

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas