Connect with us

Oh! Media

“Tiada Istilah Langgar SOP Pun” – Raysha Rizrose

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 12 28t210005642

Oh! Artis

“Tiada Istilah Langgar SOP Pun” – Raysha Rizrose

Pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung video tular menunjukkan majlis perkahwinan pasangan artis yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Difahamkan, majlis perkahwinan itu diadakan pada 15 Disember lalu di sebuah villa di Genting Highlands.

BACA: Polis Siasat Majlis Perkahwinan Pasangan Selebiriti Terkenal, Didakwa Langgar SOP?

IKLAN

Terbaru, adik kepada Uqasha Senrose iaitu Raysha Rizrose menafikan dakwaan majlis perkahwinan kakaknya itu mengabaikan SOP yang telah ditetapkan.

Kata Raysha, tetamu yang hadir pada malam itu terdiri daripada keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Tetamu diwajibkan memakai pelitup muka, menjalani saringan RTK Antigen, lengkap dua dos vaksinasi dan mengimbas kod MySejahtera.

Malah, kanak-kanak juga tidak dibenarkan hadir ke majlis itu.

Sebenarnya tiada istilah melanggar SOP pun sebab jumlah tetamu yang hadir memang sangat terhad dan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan. 

Nak dijadikan cerita, video yang tular itu berlaku selepas sesi fotografi dengan pengantin. Jadi, ketika itu memang saudara-mara serta kenalan rapat ada yang membuka pelitup muka sekejap.

Menurut Raysha, dia sedia memberi kerjasama kepada pihak polis sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan.

Bagi saya, kalau buat majlis makan-makan atau kenduri di rumah pun, takkanlah kita semua mampu menjaga penjarakan selama 24 jam. Ia sesuatu yang tidak boleh dikawal.

Takkan masa nak makan pun kita masih nak pakai pelitup muka? Sesi bergambar pun ada tetamu yang memilih pakai pelitup muka serta tidak untuk merakam detik bahagia dengan pengantin. Jadi saya ingin tegaskan tiada istilah tidak mengikut SOP.

Tambah pelakon ini lagi, hidup dalam Covid-19 selama dua tahun membuatkan tetamu yang hadir mempunyai kesedaran tinggi mengenai SOP.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas