Connect with us

Oh! Media

Polis Siasat Majlis Perkahwinan Pasangan Selebiriti Terkenal, Didakwa Langgar SOP?

6fca2bb6 eeb7 4ea5 9dd5 c22e1fda55de

Oh! Artis

Polis Siasat Majlis Perkahwinan Pasangan Selebiriti Terkenal, Didakwa Langgar SOP?

Baru-baru ini tular satu video berkenaan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang diadakan di Genting Highlands dikatakan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

BACA : Selebriti Lelaki Rupanya ‘Penghantar’ Pekerja Seks?

Menurut laporan Harian Metro, pihak polis telahpun membuka kertas siasatan setelah menerima laporan berkaita video berdurasi 41 saat dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar.

IKLAN
B08a6252 33a7 4829 a7ce 7a70a2b70488

Hasil siasatan mendapati bahawa majlis tersebut telahpun berlangsung pada malam 15 Disember lepas. Dalam video berkenaan, terdapat beberapa individu yang dilihat tidak memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Keadaan itu dilihat melanggar SOP PPN Fasa 4 dan polis sudah membuka kertas siasatan berikutan penularan insiden itu.

Disebabkan itu, pihak polis dikatakan akan mengesan semua individu yang hadir ke majlis perkahwinan selebriti terkenal itu. Kes disiasat mengikut Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

Siapapun kita dan dimana pun kita berada, jangan lupa untuk mematuhi kesemua SOP yang telah ditetapkan kerajaan agar dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak yang melanda. 

Korang kenal selebriti yang adakan majlis perkahwinan ni?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas