Connect with us

Oh! Media

Tokoh Ulama Sheikh Yahya Ashaari Ucap “Jumpa Di Syurga” Sebelum Maut Nahas

Ohmedia tokoh ulama2

Oh! Islam

Tokoh Ulama Sheikh Yahya Ashaari Ucap “Jumpa Di Syurga” Sebelum Maut Nahas

Semalam kita dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh ulama, Syeikh Yahya Ashaari yang terlibat dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan. Kemalangan itu berlaku di Jalan Sungai Jagung, Padang Pusing, Pendang pada jam 4.40 petang.

Sheikh Yahya yang meninggal pada usia 65 tahun itu bagaimanapun dimaklumkan sempat bertemu dengan 3 ulama dari Yaman sebelum meninggal dunia. Perkara ini dimaklumkan melalui hantaran Facebook oleh Helmi Assyafie dimana beliau bertermu Syeikh Mahmoud Al-Wosabi, Sheikh Mukhtar Jamil dan Syeikh Jamil Melhi Rubadi.

269780902 4834283366637788 2490554306166664412 n

Jumpa di syurga nanti

Apa yang lebih memilukan apabila Allahyarham turut sempat meninggalkan ucapan selamat tinggal dengan kata-kata “jumpa di syurga nanti”.

IKLAN

Sebelum pulang, mereka mengucapkan salam dan jumpa lagi, namun dibalas Yahya yang juga merupakan tenaga pengajar Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, dengan jawapan ‘jumpa di syurga nanti”. – Tulis hantaran terbabit.

Kereta terlibat adalah Perodua Viva, Proton Saga, Toyota Hilux, Perodua Myvi dan Proton Wira.

Berdasarkan siasatan awal pihak polis, pemandu Perodua Viva gagal memotong kenderaan di hadapan dan bertembung dengan kenderaan lain.

Akibat pertembungan tersebut, Perodua Viva telah terseret dan terbakar menyebabkan pemandunya meninggal dunia. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Kata Ketua Polis Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah.

Semoga roh Syeikh Yahya tenang dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas