Connect with us

Oh! Media

Uqasha Senrose Sahkan Keputusan Ujian Saringan Negatif

Uqashajpg

Oh! Artis

Uqasha Senrose Sahkan Keputusan Ujian Saringan Negatif

Ramai betul artis Malaysia yang sudah membuat ujian saringan Covid-19 kan? Antara artis yang mendapat keputusan ujian saringan negatif adalah Nabil Mahir, Ben Amir, Ummi Nazeera dan ramai lagi! Baru-baru ini pula Uqasha Senrose telah mengesahkan bahawa beliau bebas daripada jangkitan virus itu.


Pada beberapa hari yang lalu, Uqasha memuatnaik satu video di Instagramnya, @uqashasenrose2 sedang menjalani ujian saringan Covid-19 secara drive thru di sebuah pusat perubatan swasta yang terletak di Petaling Jaya.

IKLAN

Qasha demam these past few days and doctor cakap demam biasa but i decided to get myself checked for covid 19 harini. Need to make sure that my family and i are completely safe. Doakan results baik-baik saja amin.

Menurut laporan Berita Harian, keputusan ujian saringan tersebut didapati negatif. Alhamdulillah! Kalau korang nak tahu sebelum ni dia mengalami demam panas yang berpanjangan tau!

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana disahkan negatif COVID-19. Tidak dinafikan, selagi belum dapat keputusan, saya sentiasa diburu bimbang. Walaupun saya sudah menjalani pemeriksaan di klinik dan doktor menyatakan saya demam biasa, namun rasa bimbang tetap ada. Ini kerana saya tinggal dengan keluarga. Tidak mahulah sikap mementingkan diri sendiri membuatkan semua orang di rumah jadi susah. Takut macam manapun, saya gagahkan diri menjalani ujian saringan

OHMEDIA: SEMOGA KITA BEBAS DARIPADA JANGKITAN VIRUS INI!

Sumber: Berita Harian | Instagram

+ Baca respon pembaca minat Uqasha Senrose di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas