Connect with us

Oh! Media

Kongsi Video Jumpa Ibu, Salt Bae Yang Kaya Dikritik Biarkan Ibu Hidup ‘Sederhana’

Article 2 21 12

Trending

Kongsi Video Jumpa Ibu, Salt Bae Yang Kaya Dikritik Biarkan Ibu Hidup ‘Sederhana’

Salt Bae, chef selebriti terkenal dari Turki dikritik setelah berkongsi video di laman instagramnya berjumpa dengan ibunya selepas dua tahun terpisah.

BACA: “Tak Sedap Langsung” – Restoran Salt Bae Dihujani Negatif Komen, Ranking Rendah Di Tripadvisor

Perkongsiannya itu mendapat reaksi positif dari masyarakat namun ada juga yang memberikan reaksi negatif dan mengkritik Salt Bae kerana membiarkan ibunya hidup secara sederhana, sedangkan dia merupakan seorang yang kaya raya.

IKLAN

Pelik kenapa ibu Salt Bae tak hidup mewah

Salt Bae sebelum ini yang mendapat kecaman kerana menjual daging stik dengan harga yang mahal kini menerima kecaman lagi.

Ramai yang mempersoalkan kenapa Salt Bae tidak berjumpa dengan ibunya selama dua tahun, padahal beliau telah berjalan ke serata dunia.

Video

Ada juga yang mencadangkan sepatutnya Salt Bae membelikan sebuah ‘Istana’ buat ibunya.

Screenshot 2021 12 21 at 100331 am

Bukan itu saja, ada yang tidak senang melihat Salt Bae yang memakai kaca hitam dan menyuruhnya membuka kaca mata tersebut. Ada yang memintanya berjumpa dengan ibunya setiap bulan.

Pelbagai komen berunsur negatif terdapat di ruangan komen video yang dimuat naik di Instagramnya.

Screenshot 2021 12 21 at 100347 am
Screenshot 2021 12 21 at 100402 am

Apa-apa pun, kita tidak tahu apa yang sudah Salt Bae berikan kepada ibunya. Mungkin juga ibu Salt Bae tidak suka hidup secara bermewah kan? Janganlah cepat sangat menilai seseorang itu berdasarkan satu posting ya!

Kredit: Instagram Salt Bae

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas