Trending
Kehabisan Makanan, Individu Terpaksa Pecah Masuk Kedai Di Taman Sri Muda
Umum mengetahui, keadaan banjir di Taman Sri Muda sangat teruk dan membimbangkan. Ramai yang terkandas di kawasan tersebut membuatkan individu terpaksa memecah masuk beberapa kedai serbaneka di kawasan itu.
BACA: Kedai Dipecah Masuk, Pemilik Kedai Beri Duit Belanja Kepada Pencuri
Menerusi laporan Kosmo, polis telah mengesahkan beberapa kejadian pecah kedai serbaneka di kawasan tersebut antara jam 1 hingga 2 petang semalam.
Pemilik premis sukar ke lokasi kerana paras air yang tinggi
Suasana sekitar tengah malam tadi, di mana NGO dan petugas keselamatan masih meneruskan kerja-kerja mengedarkan bantuan makanan dan juga keperluan lain serta mengeluarkan mangsa banjir yang masih terperangkap di Taman Sri Muda, Shah Alam. – Video NSTP/Osman Adnan pic.twitter.com/jDitYE6A0P
— Berita Harian (@bharianmy) December 21, 2021
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memberitahu keadaan masih lagi terkawal setakat ini.
Saya mengesahkan beberapa kejadian pecah kedai serbaneka terutama di Taman Sri Muda yang mengalami banjir teruk.
Kita dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) akan menggerakkan elemen cegah jenayah dan bantuan bagi memastikan keadaan terkawal di kawasan tersebut.
Menurutnya, pihak polis masih belum menerima apa-apa laporan yang berkaitan dengan kejadian berkenaan dan pihaknya sukar untuk ke lokasi kejadian kerana paras air masih lagi tinggi.
Kita menyeru pihak berkenaan supaya membuat laporan di mana-mana balai polis.
Paras air masih di pinggang dan pemilik premis juga sukar untuk pergi lokasi berkenaan.
Perbuatan individu yang memecah masuk itu dipercayai kerana kehabisan bekalan makanan akibat terkandas banjir.
Jadi, sama-samalah kita bantu mereka yang dalam kesusahan dengan menyalurkan sumbangan ke mana-mana tabung bantuan banjir. Semoga keadaan mereka kembali pulih dan lebih baik.
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM