Connect with us

Oh! Media

“Tak Usah Panggil Caprice Lepas Ni” – Mahu Dikenali Sebagai ‘DaddyCap’ Atau Ariz Ramli

B711612e b84d 4012 af1d a5fe2c93b2be

Oh! Artis

“Tak Usah Panggil Caprice Lepas Ni” – Mahu Dikenali Sebagai ‘DaddyCap’ Atau Ariz Ramli

Mungkin resolusi hidup baharu, penyanyi rap terkemuka Caprice berkata dia enggan lagi dikenali dengan nama tersebut setelah bergelar suami dan bapa kepada seorang anak.

BACA : (Video) Caprice Tukar Nama Kepada Daddycap? Tampilkan Pengacara Baru Untuk Video Ulasan

Ujar Caprice, dia kini ingin dikenali secara rasmi sebagai ‘Daddycap’ atau nama sebenarnya, Ariz Ramli.

IKLAN

Mendirikan rumah tangga bersama ibu tunggal anak satu yang juga merupakan seorang usahawan, Caprice berkata anak tirinya, Aleesya Sofia memanggil dirinya dengan panggilan Daddycap.

Kalian boleh panggil saya dengan nama penuh ‘Ariz Ramli’. Ini kira nama pentas baru saya selepas berkahwin. Jadi tak usah panggil saya Caprice lagi selepas ini. No more.

Turut mengulas lanjut mengenai kehidupannya selepas berkeluarga, Ariz mengakui banyak tanggungjawab baru yang memerlukan perhatian daripada dirinya kini.

Ingin memastikan isteri dan anak tirinya hidup selesa dan baik, Ariz menganggap cabaran yang dihadapi sangat berbeza dan dia ingin mengambil peluang tersebut bagi memperbaiki diri.

Perkembangan terkini, Ariz memaklumkan bahawa dia akan melancarkan dua buah lagu baharu tidak lama lagi iaitu Tiger of Al Quds dan single khas yang didedikasikan buat anaknya, Aleesya Sofia berjudul Ayah.

Sekadar info, Ariz telah mendirikan rumah tangga bersama Farra Inalis,26, sekitar pertengahan November lalu secara senyap-senyap tanpa pengetahuan media dan peminat.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas