Connect with us

Oh! Media

(Video) Caprice Tukar Nama Kepada Daddycap? Tampilkan Pengacara Baru Untuk Video Ulasan

caprice

Oh! Artis

(Video) Caprice Tukar Nama Kepada Daddycap? Tampilkan Pengacara Baru Untuk Video Ulasan

Dah lama tak dengar Caprice buat ulasan isu semasa dekat Instagram dia kan? Mungkin Caprice sibuk lah tu sebab dah ada tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Tahniah again Caprice!

ADVERTISEMENT

Caprice juga sebelum ini ada memaklumkan tak sabar nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Dia juga nak ajar anak tirinya Aleesya Sofea untuk berbahasa Inggeris dan Perancis.

Tapi betul ke Caprice tukar nama kepada Daddy Cap?

Dalam perkongsian terbaru Caprice di Instagram, dia kembali dengan episod ulasan isu semasa terbaru, ‘What Is On The News Today?’. Menariknya nama Instagram Caprice telahpun ditukar kepada daddycapofficial dan ada pengacara baru untuk video ulasan isu kali ini.

Aleesya Sofea a.k.a Adik jadi host baru daddycap?

Alahai comelnya tengok Aleesya cuba tiru gaya daddy dia ulas isu. Dalam video itu, Aleesya mengulas isu tentang berita yang mengatakan Caprice sedih lihat isteri menangis semasa anak mereka dikecam netizen.

Sek sek kito ni jange pecoh! Hang buat rilek sudoh, bang bang… – Kata Aleesya.

Melihat pada ruangan komen rata-rata terkejut dan suka melihat kecomelan anak tiri Caprice yang petah berkata-kata.

Kredit: Instagram daddycapofficial

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas