Oh! Tech
Pengimbas Cap Jari Google Pixel 6 Perlahan Berbanding Peranti Kelas Pertengahan Lain?
Terdapat beberapa laporan mengenai Google Pixel 6 yang baru saja dilancarkan pada hujung bulan lepas ini mempunyai masalah dan antaranya adalah skrin yang berkelip-kelip dan berkenaan pengecasan pantas yang tidak sama seperti yang diiklankan.
BACA : Google Akan Selesaikan Masalah Skrin Pada Pixel 6 Dengan Kemaskini Baru Disember Ini
Menurut laporan Fuzz.my, Pixel 6 sekali lagi dilaporkan mempunyai masalah lain dan kalini berkenaan pengimbas cap jari dibawah skrin yang dikatakan perlahan. Apa kes pula ni?
Terdapat juga pengguna yang mengatakan bahawa ianya perlahan walaupun dibandingkan dengan peranti kelas pertengahan tau.

Walaubagaimanapun, pihak Google tampil mengeluarkan kenyataan di akaun rasmi Twitter mereka dan mengatakan bahawa ianya mengambil masa yang sedikit lama disebabkan algoritma keselamatan untuk mengesahkan cap jari pengguna sebelum ia dinyahkunci.
Bukan tu jer, Google turut menasihatkan pengguna supaya tidak menggunakan screen protector tidak rasmi dari mereka. Apa pandangan korang?
Kredit: Fuzz.my
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM