Connect with us

Oh! Media

Mengadu Sakit Kepala, Pengantin Baru Meninggal Dunia Sehari Selepas Diijabkabul

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 10 25t184927515

Trending

Mengadu Sakit Kepala, Pengantin Baru Meninggal Dunia Sehari Selepas Diijabkabul

Tidak dapat dibayangkan betapa pedihnya hati Mohamad Amirul Akmal apabila isteri tersayang, Siti Saraf Ismail meninggal dunia sehari selepas mereka bernikah.

BACA: Pakcik Menangis Ratapi Pemergian Isteri Tercinta Meninggal Dunia Selang 4 Hari

Memetik laporan Sinar Harian, pasangan ini diijabkabul pada 23 Oktober lalu. Keesokan harinya, allahyarham ‘pergi’ selepas mengadu sakit kepala.

IKLAN

Pada jam 3 pagi, saya dikejutkan oleh isteri yang memaklumkan dia mengalami sakit kepala.

Selepas itu dia tidur semula sehingga pagi dan sepanjang tempoh tersebut saya berada di sisinya.

Kongsinya, ada waktu pagi dia lihat isterinya berada dalam keadaan baik dan masih lagi tidur. Dia dan keluarga kemudian melihat arwah mengalami sesak nafas.

Saya segera hubungi ambulans kerana pada ketika itu isteri sangat memerlukan bantuan oksigen dan ambulans tiba jam 12 tengah hari.

Isterinya bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari oleh doktor bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Hasil bedah siasat mendapati arwah meninggal dunia akibat pendarahan di dalam otak sebelah kanan.

Screenshot 2021 10 25 at 112517 am

Menurut Amirul Akmal lagi, allahyarham isterinya sempat meluahkan kata-kata terakhir berasa gembira apabila mereka akhirnya disatukan.

Abang…kita dah kahwin.

Walaupun perit untuk menerima kenyataan, dia ketika ditemui pemberita di rumah mertuanya di Kampung Karang, Banggu, Kota Bharu dilihat tenang dan reda dengan ketentuan yang sudah ditetapkan Ilahi itu.

Terdahulu, kisah sedih pasangan ini tular apabila sepupu kepada allahyarham mengucapkan takziah di atas pemergian pengantin baru itu.

Dalam hantaran itu, sepupu allahyarham memaklumkan Siti Saraf dijemput Ilahi dalam tempoh 24 jam bergelar isteri kepada Mohamad Amirul Akmal.

Kredit: Amaleng Husni | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas