Connect with us

Oh! Media

Pakcik Menangis Ratapi Pemergian Isteri Tercinta Meninggal Dunia Selang 4 Hari

pakcik

Oh! Tidak

Pakcik Menangis Ratapi Pemergian Isteri Tercinta Meninggal Dunia Selang 4 Hari

Beberapa hari lepas tersebar video menyayat hati menunjukkan seorang lelaki tidak dapat menahan kesedihan pemergian isteri tercinta. Isterinya telah pergi akibat Covid-19 dan video suami yang teramat sayang dengan isterinya itu dikongsikan di Tiktok @dayahzulrimi anak saudara mereka.

ADVERTISEMENT

Suami pula dijemput Ilahi

Kemudian, kita dimaklumkan dengan satu lagi berita menyayat hati apabila bapa saudaranya pula meninggal dunia selang 4 hari pemergian isteri tercinta.

Dayah turut berkongsi perbualan whatsapp antara ahli keluarga dengan anak sulung arwah selepas kehilangan kedua-dua insan tersayang ibu dan ayah dalam masa singkat.

Ada masalah jantung dan ditemui rebah

Difahamkan, arwah mempunyai masalah jantung dan telah ditemui rebah di dalam bilik air. Pasti arwah amat rindukan isterinya. Allahu.

Pasangan suami isteri ini meninggalkan lima orang anak lelaki dan anak bongsu mereka masih kecil dan tidak faham apa yang berlaku. Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga arwah dan semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top