Connect with us

Oh! Media

Didakwa Jadikan Erra Fazira Isteri Kedua, Ini Jawapan Faizal Azumu

Faizal

Oh! Negara

Didakwa Jadikan Erra Fazira Isteri Kedua, Ini Jawapan Faizal Azumu

Baru-baru ini, tular sebuah perkhabaran tentang pelakon tanah air, Erra Fazira yang dikaitkan dengan Menteri Belia dan Sukan, Faizal Azumu.

BACA: Didakwa Jadi Isteri Kedua Kepada Seorang Menteri, Ini Respon Balas Erra Fazira

Menurut ciapan daripada seorang pengguna Twitter, dia menyatakan pelakon tersebut telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan Faizal dan menjadi isteri kedua beliau.

IKLAN

Perkara itu turut mendapat perhatian daripada Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek yang seakan-akan menafikan dakwaan itu menerusi hantarannya di laman Instagram.

Erra bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai isu tersebut dalam mana-mana platform media sosialnya yang lain.

Faizal Azumu tampil beri penjelasan

Berhubung dengan perkara itu, bekas Menteri Besar Perak itu bagaimanapun menafikan dakwaan telah bernikah dengan selebriti terkenal itu.

Menurutnya, setakat ini beliau hanya pernah bernikah sekali sahaja selain mengakui amat bahagian bersama isteri serta anak-anaknya.

51 tahun hidup, saya pertama kali dapat soalan begitu dan saya sebenarnya pernah bernikah sekali. Itu pun dengan isteri saya dan saya amat bahagia dengan isteri dan anak-anak saya

Perkara itu dinyatakan beliau semasa menjawab soalan oleh Senator Datuk Razali Idris yang mahu mendapatkan kepastian susulan tular dakwaan tersebut.

Meskipun pada mulanya, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim tidak membenarkan Ahmad Faizal menjawab soalan itu kerana di luar skop tumpuan, Ahli Parlimen Tambun itu tetap menjawab soalan tersebut.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas