Connect with us

Oh! Media

“Beberapa Hari Lagi Rentas Negeri Dibenarkan..” – Noor Hisham

Noor Hisham

Trending

“Beberapa Hari Lagi Rentas Negeri Dibenarkan..” – Noor Hisham

Kebenaran rentas negeri akan diumumkan kerajaan dalam beberapa hari lagi dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

BACA : “Lakukan Ujian Saringan Lebih Kerap Bila Sempadan Negeri Dibuka Nanti” – KJ 

Menurut laporan Berita Harian, orang ramai diingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

IKLAN

Bukan tu jer, Noor Hisham juga meminta semua orang untuk menjalani ujian saringan sebelum balik ke kampung dan sebagainya sama seperti yang diperkatakan Khairy Jamaluddin semalam.

Adalah penting untuk melaksanakan semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga penjarakan fizikal, termasuk bagi yang sudah divaksin.

Bagi menjaga keselamatan individu tersayang dan keluarga anda, tolong lakukan ujian kendiri RTK-Ag menggunakan air liur secara berkala.

Apapun, jangan lupa untuk patuh SOP yang telah ditetapkan kerajaan untuk mengurangkan risiko dari dijangkiti wabak. Tak salah pun kalau nak buat ujian saringan tu sendiri, untuk kita dan orang sekeliling jugak.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas