Connect with us

Oh! Media

Nora Rujuk Psikiatri, Ustaz Dan Ustazah, Dapatkan Sokongan Psikologi Dan Rohani

Ohmedia nora 1jpg

Oh! Artis

Nora Rujuk Psikiatri, Ustaz Dan Ustazah, Dapatkan Sokongan Psikologi Dan Rohani

Seperti semua sedia maklum, penyanyi Nora Ariffin telah kehilangan dua orang insan tersayang, iaitu suaminya, Johan Nawawi dan juga anak lelakinya, Muhammad Syakir Alif Johan. Kehilangan kedua-dua insan ini memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan Nora.

Kehilangan tersebut menyebabkan Nora menyatakan Ramadan tahun ini jauh berbeza lebih-lebih anaknya yang baru meninggal dunia lima bulan lepas kerana mempunyai banyak kenangan bersama arwah anaknya itu dalam bulan mulia ini.

Sumber gambar dari Budiey.com

Walaubagaimanapun beliau menyedari yang beliau perlu kuat bagi memastikan dua lagi anak perempuannya, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah tidak bersedih. Oleh yang demikian Nora menjelaskan beliau telah bertemu dengan pakar psikiatri, ustaz dan ustazah bagi mendapatkan sokongan psikologi dan juga rohani.

IKLAN
Sumber gambar dari Astro Gempak dan Astro Awani

Anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan meninggal dunia pada 14 Disember tahun lalu secara mengejut apabila tiba-tiba rebah dirumah mereka. Sebelum itu, suami Nora, Johan Nawawi telah menghembuskan nafas terakhir pada 24 Mac 2017.

OHMEDIA: MEMANG TIDAK MUDAH MELUPAKAN INSAN YANG KITA SAYANG. SEMOGA NORA DAN ANAK-ANAK CEKAL DAN TERUS KUAT DENGAN DUGAAN YANG DIBERIKAN.

Sumber: Metro Online

+ Baca respon pembaca Nora rujuk psikiatri, ustaz dan ustazah untuk dapatkan sokongan psikologi dan rohani di Facebook Oh! Media



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas