Connect with us

Oh! Media

Ini Sebab Mengapa Remy Ishak Juga Umum Tarik Diri Dari Anugerah ABPBH Ke-34

Ohmedia remy ishak

Oh! Artis

Ini Sebab Mengapa Remy Ishak Juga Umum Tarik Diri Dari Anugerah ABPBH Ke-34

Sebelum ini kita dimaklumkan tentang penarikan diri pelakon popular Zul Ariffin untuk menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34. Nampaknya apa yang dilakukan Zul ini turut diikuti pelakon Remy Ishak atas sebab-sebab tertentu.

Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak mengumumkan perkara itu melalui Instagram Story miliknya.

Ohmedia remy

Remy, 39 tahun yang baru sahaja mendirikan rumah tangga turut telah memaklumkan penarikan dirinya itu kepada pihak Berita Harian. Dia tidak mahu dicalonkan dalam apa jua kategori yang dipertandingkan dan ingin memberi peluang kepada anak seni yang lebih layak.

IKLAN

Saya telah maklumkan kepada pihak penganjur untuk tidak mencalonkan dalam mana-mana kategori ABPBH34. Memandangkan tahun lalu produk filem atau drama yang saya lakonkan kurang, saya berpendapat peluang ini harus diberikan kepada mereka yang lebih layak untuk bertanding.

Remy yang sebelum ini telah memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular sejak ABPBH ke-23 hingga tahun lalu turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan peminat yang sentiasa menyokongnya.

Capture 1 13
remy ishak

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas