Oh! Tech
Masih Belum Lancar Tapi Google Sendiri Dedah Rekabentuk Pixel 6 Pada Dunia?
Baru-baru ini, terdapat video teaser berdurasi 30 saat mengenai Pixel 6 Pro yang telah dimuatnaik Google. Peminat-peminat peranti jenama ini dah tengok ke belum tu?
BACA : Google Bakal Lancar Pixel 6 Dengan Cip Tersendiri?
Menurut laporan Fuzz.my, Google kali ini menaikkan papan iklan di seluruh Amerika Syarikat berkenaan Pixel 6 dan 6 Pro bagi merancakkan lagi pemasaran.

Menerusi papan iklan tersebut, kita dapat lihat reka bentuk bahagian depan dan belakang bagi kedua-dua siri Pixel 6 ini yang menggunakan Android 12 dengan antaramuka “Material U”.

Bukan tu jer, Pixel 6 dan 6 Pro ini juga diletakkan pada ruangan kaca di Google Store NYC tau. Terdapat juga kod QR bagi mengetahui maklumat lanjut tentang peranti itu.

Lain macam! Walaupun masih belum dilancarkan, Google sendiri dedahkan rekabentuk Pixel 6 di mata dunia. Apapun, sama-sama kita nantikan bagi mengetahui apakah kejutan yang akan mereka bawakan pada Pixel terbaru ini.
Kredit: Fuzz.my
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM