Connect with us

Oh! Media

Syarikat Ini Tawarkan Gaji Lebih RM3k, Hanya Perlu Tidur 8 Jam Selama 100 Hari?

7d53704f a449 460a 9277 611136c8ef1d

Trending

Syarikat Ini Tawarkan Gaji Lebih RM3k, Hanya Perlu Tidur 8 Jam Selama 100 Hari?

‘Kan best kalau tidur je boleh dapat duit’, angan-angan ini ternyata menjadi kenyataan apabila sebuah syarikat menjual tilam di Singapura, Sonno menawarkan jawatan yang hanya perlu tidur diatas tilam keluaran mereka selama 8 jam dalam masa 100 hari.

BACA : 11 Checklist Untuk Tidur Berkualiti, Elak Prestasi Kerja ‘Drop’ Gara-Gara Tak Cukup Rehat

Menurut laporan Kosmo Online, satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan syarikat itu secara online dan mereka akan membayar ‘gaji’ korang. Hal ini dibuat bagi membantu syarikat tersebut membuat kajian tentang rahsia untuk tidur lebih nyenyak bagi menambah baik produk mereka.

IKLAN

“Jawatan untuk tidur secara profesional akan memberitahu kami apa yang diperlukan untuk tidur lebih lena terutamanya sepanjang musim pandemik dan bagaimana untuk membantu mereka mencapai tujuan itu” – kata pengasas syarikat Sonno

Haa, nak tahu berapa yang mereka bayar? Jawatan tersebut ditawarkan sebanyak 1,500 dolar Singapura (RM3,088) sepanjang tugasan dijalankan. Bukan tu jer, tilam Sonno bersaiz Queen, dua bantal dan sehelai cadar juga akan diberikan.

Calon yang terpilih perlu menggunakan sebuah aplikasi dan dari situlah mereka dapat mengesan pola tidur selama 100 malam.

Kredit: Kosmo 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas