Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Gelagat Kucing Protes Minta Air Undang Rasa ‘Geram’ Netizen

Kucing

Umum

(VIDEO) Gelagat Kucing Protes Minta Air Undang Rasa ‘Geram’ Netizen

Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang menjadi kegemaran masyarakat untuk dijadikan sebahagian daripada keluarga kita. Telatah yang comel serta manja sudah semestinya membuatkan orang ‘geram’ melihat karenah mereka. Kadang-kala mereka juga mampu memahami bahasa serta perilaku yang dibuat oleh manusia.

Perkara itu dilihat benar apabila tular sebuah video memaparkan seekor kucing bijak yang meminta air daripada tuannya sehingga menyebabkan netizen yang melihat video itu turut berasa ‘geram’ melihat kepandaiannya meminta sesuatu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @syerinazmiy_ itu, dilihat kucing tersebut sedang berbaring di dapur sambil dihadapannya terdapat sebuah mangkuk kosong. Kucing tersebut mula membuat bising dengan menghentak-hentak mangkuk tersebut bagi meraih perhatian.

IKLAN

Menurut pemiliknya, kucing itu tetap akan berbuat bising sehinggalah ada seseorang isikan air ke dalam mangkuk untuk dia minum.

Lebih melucukan, pemiliknya turut ‘memarahi’ kucing tersebut dengan loghat utara dan bersahaja menyuruh kucing itu mengisinya sendiri, namun sebaliknya kucing tersebut hanya memberikan reaksi wajah selamba sambil setia menanti pemiliknya memberikan air untuk diminum.

Gelagat kucing gebu bewarna hitam itu bagaimanapun berjaya mencuit hati netizen dan meninjau pada ruangan komen pada hantaran itu, rata-rata netizen menzahirkan rasa geram terhadap kucing tersebut.

Screenshot 7
Screenshot 8

Ada juga komen dari netizen yang menyamakan perilaku kucing tersebut yang gemar menghentak mangkuk minuman atau makanan dengan kucing peliharaan mereka.

Screenshot 12
Screenshot 13

Video yang dimuat naik itu setakat ini telah mencapai lebih dari 200,000 tontonan dan lebih daripada 37,000 tanda suka.

Kredit: @syerinazmiy_

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas