Connect with us

Oh! Media

Buta Teknologi Tak Halang Nenek Jumpa Dengan Anak Tunggalnya

ohmedia nenek 1jpg

Oh! Lifestyle

Buta Teknologi Tak Halang Nenek Jumpa Dengan Anak Tunggalnya


Bagi memastikan bahawa beliau tidak mengingkari arahan kerajaan untuk merentas negeri bagi berjumpa dengan anak tunggal perempuannya yang menetap di Butterworh, seorang nenek bertindak menulis sendiri surat memohon kebenaran untuk merentas negeri.

Nenek yang bernama Haseni Hassan, berumur 63 tahun berbuat sedemikian. setelah kematian suami pada April lepas. Permohonan nenek berkenaan telah diluluskan oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar sebelum bergerak menggunakan komuter dari Alor Setar ke Butterworth untuk bertemu dengan anaknya.

Sumber gambar dari Harian Metro

Dipetik dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seberang Perai, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor memuji tindakan dan kesungguhan warga emas berkenaan kerana mematuhi arahan PKPB yang telah ditetapkan meskipun buta teknologi.

IKLAN

“Wanita itu menulis sendiri surat permohonan untuk pergerakan rentas negeri sebelum mendapat pengesahan Ketua Polis Daerah Kota Setar. Tindakan wanita itu menunjukkan kesungguhannya untuk mematuhi arahan walaupun sudah berusia,”

OHMEDIA: MUNGKIN BAGI NENEK NI SPECIAL CASE LAH KOT. TAPI KALAU DAH RAMAI-RAMAI BUAT SURAT TULISAN TANGAN MOHON RENTAS NEGERI, MAHU SERABUT PIHAK POLIS NAK LAYAN KORANG.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca seorang nenek buat surat tulisan tangan untuk mohon rentas negeri di Facebook Oh! Media



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas