Connect with us

Oh! Media

Kes Lelaki Pedofilia, Polis Minta Kerjasama Orang Awam Jejak Suspek

Lelaki Pedofilia

Trending

Kes Lelaki Pedofilia, Polis Minta Kerjasama Orang Awam Jejak Suspek

Semalam tular kejadian yang mana dua orang kanak-kanak masing-masing berumur lapan dan sembilan tahun telah menjadi mangsa seorang lelaki pedofilia selepas kanak-kanak itu sedang menjual kuih di pangsapuri kediamannya di Seksyen 19.

BACA: Hairan Lihat Anak Pulang Menangis, Rupanya Jadi Mangsa Lelaki Pedofilia

Ibu kepada mangsa telah membuat satu laporan polis berkenaan anaknya yang diganggu oleh lelaki bernafsu bintang itu selepas melihat anak-anaknya pulang ke rumah dalam keadaan yang menangis.

IKLAN

Menurut laporan Harian Metro, pihak polis kini sedang memburu lelaki tersebut berdasarkan lakaran fotofit yang dibuat dengan bantuan mangsa.

Screenshot 168
Lakaran potofit suspek selepas pihak polis mendapatkan maklumat mengecaman muka daripada mangsa Sumber Harian Metro

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berusia 26 tahun itu giat dikesan susulan laporan ibu mangsa berumur 40 tahun.

Lakaran fotofit dibuat hasil bantuan mangsa berusia lapan dan sembilan tahun yang mengecam muka suspek.

Berhubung dengan kejadian itu, Mohamad Fakhrudin meminta kerjasama orang ramai bagi membantu pihak polis untuk mengesan suspek yang berketinggian kira-kira 168 sentimeter (cm) dan berbadan kurus.

Tambahnya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor M Naresh Kumar di talian 016-9757113.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas