Connect with us

Oh! Media

Tekong Bawa Masuk 250 PATI Setiap Bulan, Terima RM750 Setiap Seorang

060115094522 bandar sabu ditangkap polisi dijpeg

Trending

Tekong Bawa Masuk 250 PATI Setiap Bulan, Terima RM750 Setiap Seorang

Isu lambakan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menjadi isu hangat pada saat ini selepas kebanyakan kes positif COVID-19 pada waktu ini banyak datang dari bukan warga negara.

Pihak kerajaan juga sudah menjalankan operasi besar-besaran bagi mengesan PATI dan terbaru telah berjaya menahan beberapa orang yang dipercayai bertanggungjawab membawa masuk PATI dari negara jiran atau lebih dikenali sebagai tekong.

Berdasarkan maklumat yang diterima Sinar, sebanyak RM750 akan diberikan untuk setiap seorang PATI yang di bawa masuk ke dalam negara dan seorang tekong mampu menguruskan seramai 250 orang PATI setiap bulan. Cuba korang kira sendiri berapa anggaran pendapatan yang diterima pengkhianat negara ni setiap bulan?

IKLAN

Perkara ini dilaporkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang berjaya menahan seorang tekong yang dipercayai telah berkuasa sejak tahun 2018 lagi. Akhirnya berjaya ditahan dalam satu operasi di Gugusan Felda Adela, Kota Tinggi pada 26 Mei 2020.

Dianggarkan tekong tersebut sudah menyeludup kira-kira 250 migran pada setiap bulan. Ketiga-tiga tekong lelaki berkenaan berusia antara 30 hingga 52 tahun. Turut ditangkap tujuh PATI Indonesia terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 38 tahun. – Katanya.

OHMEDIA: DIHARAPKAN LEBIH BANYAK PENGKHIANAT NEGARA SEPERTI INI DITANGKAP.

+ Baca respon pembaca yang bengang dengan pengkhianat negara di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas