Trending
Inspektor Polis Didakwa Rogol Tahanan Wanita Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
Sebelum ini kecoh di media sosial bila ada seorang wanita mendakwa dia telah dirogol seorang pegawai polis berpangkat inspektor ketika dalam tahanan.
Inspektor polis itu bagaimanapun telah ditahan untuk siasatan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner, Wan Khairuddin Wan Idris mengesahkan pegawai tersebut telah direman selama 7 hari.
Bagaimanapun tiada tambahan reman setakat ini dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan. Pegawai polis berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis kerana dia tidak akan melarikan diri memandangkan bertugas sebagai polis.
Pegawai polis itu akan bertugas seperti biasa kerana dia belum lagi didapati bersalah. – Katanya.
Kejadian ini didakwa berlaku pada 5 Jun lalu dan ia melibatkan pegawai polis berusia 29 tahun dan tahanan wanita itu berusia 27 tahun.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM