Connect with us

Oh! Media

‘Ahli Sukan Menetap Di Luar Negara Sahaja Dibenarkan Bawa Pasangan’ – JIM

Hafizh

Trending

‘Ahli Sukan Menetap Di Luar Negara Sahaja Dibenarkan Bawa Pasangan’ – JIM

Pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin baru-baru meluahkan kekecewaan berikutan permohonan isterinya untuk keluar negara menemani suami menyertai perlumbaan di Eropah ditolak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Dalam hantaran itu, Hafizh walau bagaimanapun memohon orang ramai tidak meletakkan kesalahan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Hafizh syahrin

Terbaru, JIM menerusi kenyataan memberi maklum balas kepada hantaran yang dibuat pelumba berkenaan. JIM menjelaskan permohonan isterinya ditolak kerana atlet Malaysia yang menetap dan berpangkalan di luar negara sahaja dibenarkan membawa pasangan masing-masing sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh (SPP) dan perintah kawalan pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.

IKLAN

JIM memahami terdapat dalam kalangan warganegara Malaysia yang menghadapi kesukaran untuk keluar negara atas faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Dalam perkara ini JIM telah menjumpai beberapa kes penyalahgunaan kelulusan permohonan keluar negara melalui MyTravelPass (MTP) oleh warganegara Malaysia melalui semakan yang dijalankan di pintu masuk negara, menggunakan kelulusan tersebut dengan tujuan lain selain daripada kategori yang dibenarkan keluar negara.

Bagi tujuan melancong dan bercuti tidak dibenarkan keluar negara.

Jelasnya lagi, ahli sukan yang menyertai kejohanan secara ‘on and off’ dan tidak menetap di luar negara, tidak dibenarkan membawa pasangan semasa menyertai kejohanan. Hanya jurulatih dan krew profesional yang terlibat sahaja dibenarkan keluar bersama ahli sukan berkenaan.

Hs1

Merupakan salah satu badan petugas barisan hadapan, JIM berperanan mengawal sempadan dan melihat keselamatan secara menyeluruh. JIM juga membantu mengawal penularan kes import dari luar negara melalui kawalan pergerakan yang sentiasa diperketat dari masa ke masa. Tambahnya lagi, semua peserta kejohanan juga perlu mendapat sokongan dari agensi kawal selia seperti KBS.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas