Connect with us

Oh! Media

Semakin Ramai Orang Tandatangani Petisyen Mahu Neelofa Dipenjarakan

Neelofa

Trending

Semakin Ramai Orang Tandatangani Petisyen Mahu Neelofa Dipenjarakan

Semakin ramai individu yang tidak berpuas hati dan menandatangani petisyen supaya artis terkenal, Neelofa menerima hukuman setimpal atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Petisyen yang bertajuk ‘Langgar SOP : PDRM, Penjarakan Neelofa Segera’ itu telah berjaya ditandatangani seramai 60,000 orang sehingga jam 2 petang tadi.

Seorang individu yang menggunakan nama Hentikan Double Standard mendakwa bahawa selebriti berusia 32 tahun itu telah berulang kali melanggar SOP dengan menyenaraikan beberapa kesalahan yang dibuat oleh Neelofa dan menuntut tindakan yang sewajarnya diambil menerusi laman web change.org.

IKLAN

Antara kesalahan yang disenaraikan dalam petisyen itu adalah majlis perkahwinannya di ibu negara; rentas negeri ke Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu tular video Neelofa dan ahli keluarga melanggar SOP sambutan Aidilfitri lalu.

Ketika ini, di media sosial seperti Instagram dan Twitter, isu ini masih hangat diperkatakan oleh netizen di mana mereka mengulas kesalahan demi kesalahan yang melibatkan pasangan selebriti itu.

Semalam, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar SOP PKPB di sebuah kedai karpet, di Nilai, Negeri Sembilan awal bulan ini.

Hari ini, polis turut membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Neelofa tidak memakai pelitup muka ketika hadir di Kompleks Mahkamah Seremban, semalam.

Sebelum ini, Neelofa dan sembilan ahli keluarganya telah pun memberi keterangan berhubung dakwaan melanggar SOP sambutan hari raya Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Terdahulu, Neelofa telah pun dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal ketika majlis perkahwinannya dengan Haris, manakala 20 ahli keluarganya yang lain dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Baru-baru ini, Neelofa dan Haris juga dikompaun sebanyak RM10,000 atas kesalahan melanggar kebenaran merentas negeri ke Langkawi atas urusan kerja.

Kredit : HarianMetro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas