Connect with us

Oh! Media

KKM Sahkan Tukang Gunting Rambut Warga Asing Positif

ohmedia tukang gunting rambut positifpng

Umum

KKM Sahkan Tukang Gunting Rambut Warga Asing Positif

Sebelum ini ada berita mengatakan seorang tukang gunting rambut didapati positif Covid-19 dan hari ini pihak Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan perkara itu.

Dari apa yang dimaklumkan, dipercayai tukang guntung rambut itu adalah warga asing dan didapati positif Covid-19 selepas beberapa 3 hari pihak kerajaan membenarkan perkhidmatan ini kembali beroperasi.

Bagaimanapun, 40 orang kontak rapat turut berjaya dikenal pasti. Seorang tukang gunting rambut BWN dikesan positif Covid-19. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 11 Jun. Punca jangkitan masih dalam siasatan. Jumlah kontak yang dikenal pasti adalah seramai 40 orang termasuk 4 rakan serumah. Mereka diminta untuk kuarantin di rumah. – kenyataan KKM di Facebook.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Datuk Seri Ismail dalam sidang media telah mengarahkan untuk tukang gunting rambut warga asing melakukan swab test dahulu sebelum memulakan operasi. Mereka hanya dibenarkan untuk membuka jika keputusan negatif dan jika mereka melanggar arahan, boleh dikenakan denda.

IKLAN


Kes itu dikatakan berlaku di sebuah premis perniagaan di apartmen servis di Setapak, Kuala Lumpur.

Kredit: KKM

+ Baca respon pembaca yang sudah mula gunting rambut di Facebook Oh! Media.


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas