Connect with us

Oh! Media

Polis Saman Polis, Pegawai & Anggota Terima Kejutan Di Pintu masuk IPK

14bc222d 24dc 469b 8508 6bb83eb55f2f

Trending

Polis Saman Polis, Pegawai & Anggota Terima Kejutan Di Pintu masuk IPK

Anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pagi ini menerima ‘kejutan’ daripada Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah yang membuat pemeriksaan di pintu masuk IPK itu.

65b013be b562 4c79 a234 edf7779b72b4

Operasi Khas Bunyi Bising & Ubahsuai selama satu jam bermula 7.30 pagi itu dilakukan membabitkan pemeriksaan dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan dan pemeriksaan pas keselamatan.

Menurut laman Facebook Polis Kedah, antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan dan pemeriksaan pas keselamatan.

IKLAN

Beberapa kenderaan milik pegawai dan anggota serta kakitangan awam juga telah disaman kerana melanggar undang-undang jalan raya seperti nombor plat pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi.

592f7387 1011 4d2d 9e07 5eb9a442ec99

Ketika dihubungi, Ketua Polis Kedah, Hasanuddin Hassan berkata, operasi itu sebagai memberi peringatan kepada anak buahnya bahawa mereka juga mesti mematuhi undang-undang.

Dari semasa ke semasa kita periksa. Bukan nak cari kesalahan, tapi untuk menentukan pegawai juga perlu mengikut undang-undang seperti mana orang lain juga.

Kalau motor tu, undang-undang kata kena ada cermin sisi, jadi mesti ada cermin sisi. Dia (anggota polis) terikat dengan undang-undang.

Kita penguat kuasa, kita hendaklah satu langkah di hadapan orang awam, maksudnya kita kena patuh pada undang-undang,” katanya.

Barulah adil dan saksama. Tak gitu?

Kredit: Facebook Polis Kedah

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas