Connect with us

Oh! Media

Seorang Bapa Tergamak Sembur Racun Serangga Ke Muka Bayi!

ohmedia bayi 12b252812529jpg

Umum

Seorang Bapa Tergamak Sembur Racun Serangga Ke Muka Bayi!

Baru saja semalam kita menyambut hari bapa namun hari ini terdapat berita kurang menyenangkan dari seorang bapa. Dilaporkan seorang lelaki bertindak menyembur racun serangga ke muka anaknya yang merupakan seorang bayi berusia 20 hari dengan niat agar mangsa berhenti menangis.

Kejadian ini dilaporkan berlaku Jumaat lepas di Arau, Perlis dimana bapa kandung kepada bayi berkenaan turut bertindak menampar muka dan melambung mangsa berkenaan. Ketua Polis Daerah Arau berkata bahawa pihaknya menerima laporan mengenai kejadian dari doktor yang merwat mangsa.

Sumber gambar dari Berita Harian

Hasil pemeriksaan mendapati bahawa mangsa dalam keadaan kurang aktif selain kesan kebiruan pada bibir. Mangsa turut mengalami kecederaan pada belakang kepala dan leher serta kesan kemerahan pada kepala. Ini menyebabkan lelaki berkenaan ditahan dan direman.

IKLAN

Menurut Berita Harian, bayi malang itu kini dirujuk ke Pakar Kanak-Kanak Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi pemeriksaan lanjut dan rawatan. Difahamkan bayi berkenaan kini mengalami komplikasi di otak akibat kecederaan yang dialami. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

OHMEDIA: TERUKNYA PERANGAI. TAK PAYAH JADI BAPA KALAU TAK PANDAI NAK JAGA ANAK. BUAT TAMBAH DOSA JE NANTI.

Kredit: Berita Harian | Harian Metro

+ Baca respon pembaca bapa tergamak sembur racun serangga ke muka bayi di Facebook Oh! Media



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas