Connect with us

Oh! Media

Ini Respon Pelajar Yang Ingatkan Rakan Whatsapp, Rupanya Ustaz Sendiri Ajak Masuk Kelas Online..

0cf7fea1 3568 4a26 83c5 8566497da178

Trending

Ini Respon Pelajar Yang Ingatkan Rakan Whatsapp, Rupanya Ustaz Sendiri Ajak Masuk Kelas Online..

Pembelajaran secara dalam talian ini tidaklah semudah yang disangka. Teknik penyampaian juga haruslah lebih sistematik agar lebih difahami oleh semua. Dalam kebaikan yang dapat dinilai dari proses ini, pasti akan tercetus beberapa isu atau pun salah faham kan.

Itulah yang terjadi kepada seorang pengguna Twitter iaitu Arasy yang berkongsi kisah lucu sepanjang proses PdPR bersama Ustaznya.

188c1ae9 3d8f 4893 ae9f ab143fe4072b

Dalam perkongsian pelajar itu di Twitter, dia turut berkongsi screenshot perbualannya dengan seorang Ustaz yang disangkakan kawannya, tetapi rupanya bukan. Ia juga disertakan  dengan kapsyen yang agak lucu.

IKLAN

Ustaz jangan sumpah saya, saya lupa nak save nombor Ustaz

Nak jadi cerita, Ustaz tersebut ada menghantar pesanan di WhatsApp dan meminta dia untuk masuk ke Google Meet, tetapi lelaki ini dengan selambanya membalas menggunakan panggilan ‘aku kau’ dan sempat berceloteh yang dia mahu mengambil wudhu terlebih dahulu. Haha!

Aku yang ngajor, kau ni tak save nombor aku ke?

Susulan kejadian yang agak memalukan itu, lelaki tersebut telah membuka kamera komputer ribanya sebagai tanda maaf dan melibatkan diri dalam kelas taranum Al-Quran itu dengan jayanya. Kenalah jadi baik kan, tadi dah kantoi..

Kredit: Twitter Arasy

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas