Oh! Artis
Penyanyi Dangdut Popular Indonesia Chacha Meninggal Dunia Kemalangan
Bagi mereka yang masih meminati dan mengikuti perkembangan irama muzik dangdut, mungkin mengenali Chacha Sherly yang merupakan penyanyi dangdut popular Indonesia.
Untuk pengetahuan, Chacha yang kini berumur 29 tahun dilaporkan telah mengalami kemalangan jalan raya kelmarin dan telah disahkan meninggal dunia.

Berita pemergian Chacha ni disahkan pengurusnya sendiri iaitu Chorus Okky yang turut bersedih dengan kehilangan penyanyinya.
Chacha koma ketika dirawat di hospital dan hembuskan nafas terakhir esoknya.
Dari siasatan pihak berkuasa Indonesia, punca kejadian adalah apabila Chaha hilang kawalan sebelum keretanya berpusing dan enam kereta di belakang juga tak sempat mengelak dan merempuh kenderaan Chacha.
Ini rakaman yang menunjukkan kejadian di Tol Semarang-Solo
Selain Chacha, ada seorang lagi yang turut parah dan masih dirawat di hospital.
Salam takziah buat keluarga Chacha atas kehilangan insan tersayang.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM