Connect with us

Oh! Media

Rimas Dengan Mulut Netizen, Noraniza Idris Muat Naik ‘Cover’ Album Lama

8b3eb7ba b75e 453e b5b5 fa03e78f97c0

Oh! Artis

Rimas Dengan Mulut Netizen, Noraniza Idris Muat Naik ‘Cover’ Album Lama

Pernah dituduh netizen pada dua minggu lepas katanya Kak Ani tiru topi Siti Nurhaliza semasa persembahan konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7). Hari ini di Instagram, penyanyi Noraniza Idris dikatakan telah tampil ‘bersuara’ mengenai fesyen topi yang digayakannya itu.

Noraniza, 52, ada memberitahu yang dia sebenarnya sudah pun menggayakan topi seperti itu sebelum ini untuk muka hadapan albumnya berjudul Ingin Ku Sandar Harapan sekitar tahun 1988.

Gaya itu hanya diulang pakai oleh ‘stylists’ untuk persembahannya di pentas konsert GV7 dan telah diubah suai mengikut trend dan imej berhijab.

IKLAN
8b3eb7ba b75e 453e b5b5 fa03e78f97c0

Tahun 80-an lagi Kak Ani dah pakailah, siap buat cover album lagi. Cuma 30 tahun kemudiannya, stylish Kak Ani modenkan lagi saja dan sesuaikan dengan imej berhijab.

Dah jangan bising-bising!. – Kata Noraniza.

Bae4a2de 8054 458e a388 79a5cf42baf9

Penampilan Noraniza menggayakan topi menggunakan material akrilik itu telah mengundang pelbagai komen dan usikan nakal daripada netizen.

Netizen di laman Twitter pula dikatakan telah membuat perbandingan di antara gambar yang memperlihatkan Siti Nurhaliza dan Noraniza mengenakan topi daripada material dan rekaan yang hampir sama, walaupun warnanya berbeza.

4b033ced 3d41 4ca2 9163 b2cab7d48c26

Topi merah yang dipakai Noraniza itu dikatakan sama seperti fesyen yang pernah digayakan oleh penyanyi tersohor iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam video muzik (MV) lagu Siapa Tak Mahu.

Rata-rata netizen di ruang komen Insta Noraniza meminta supaya dia mengabaikan saja komen negatif daripada netizen.

Netizen ni suka melaga-lagakan dan hangatkan sesuatu perkara. Tak penat ke asyik mengecam dan mengutuk sana sini.

Pasal topi pun kecoh, topi tu bukan ada cop mohor atau paten harta intelek.

Buat tak tahu saja Kak Ani. Jalan terus. All the best Kak Ani minggu ini. Tak sabar nak tengok Chaiya-Chaiya. Komen beberapa pengikut Noraniza di laman Instagram.

Betul tu, buat tak tahu je Kak Ani, tak payah kisahlah pasal mulut-mulut netizen yang suka mengata tu. Lagi Kak Ani kisah lagilah diorang ni suka mengusik.

Kredit: Noraniza Idris

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas