Connect with us

Oh! Media

Tiada Niat Promosi, Ini Penjelasan Shaheizy Sam Gantung Pod Atas Pentas

Shaheizy Sam

Oh! Artis

Tiada Niat Promosi, Ini Penjelasan Shaheizy Sam Gantung Pod Atas Pentas

Akhirnya, selesai juga ABPBH ke-33 malam tadi biarpun terpaksa berhadapan dengan kecaman hebat dari netizen sebelum disiarkan. Ingatkan bila dah habis, settle lah semua benda. Tapi rupanya ada pula isu lain yang timbul.

BACA : “Jangan Lah Kecam, Kami Nak Cari Rezeki” – Penerbit Eksekutif ABPBH

Antaranya, viral di social media tentang Shaheizy Sam yang naik ke atas pentas dengan pod tergantung di lehernya sewaktu menyampaikan anugerah. Alamak, marketing ke?

IKLAN

Tindakan Sam tu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Bahkan, Public Health Malaysia turut membuat satu posting di Facebook dan menzahirkan kekecewaan mereka terhadap apa yang terjadi.

Photo6161397029159414506

Tidak berdiam diri, Sam tampil memohon maaf secara terbuka melalui posting terbarunya di Instagram. Kata Sam, dia tiada niat langsung nak promote pod atau buat sebarang marketing. Cuma dia memang dah terbiasa gantung pod banyak-banyak sebab baterinya cepat habis. Tambah pula, semalam hanya dia sorang je dekat backstage. Jadinya, dia terlampau nervous sampai terlupa nak tanggalkan pod sebelum naik ke pentas.

Biasalah tu Sam, manusia mana yang tak buat silap, kan? Apapun kami salute dengan Sam yang berani minta maaf bila dah buat salah. Netizen pun, dah-dah lah tu bergosip. Ohmedia juga nak ambil kesempatan ucap tahniah pada Haqiem Rusli atas kemenangan Bintang Paling Popular. Makin meletup lah ya lepasni!

Kredit: Facebook Public Health Malaysia, Instagram Shaheizy Sam

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas