Connect with us

Oh! Media

Kakak & Keluarga Sendiri Pun Terkejut Netizen Dakwa Adiknya Sakinah Dah Kahwin

ohmedia shiera sakinah

Oh! Artis

Kakak & Keluarga Sendiri Pun Terkejut Netizen Dakwa Adiknya Sakinah Dah Kahwin

Ingatkan kita sebagai netizen je terkejut, rupanya kakak Sharifah Sakinah sendiri iaitu Sharifah Shahira dan keluarga turut terkejut dengan dakwaan mengatakan adiknya sudah berkahwin. 

Dakawaan ini muncul selepas netizen cuba memberikan tanggapan yang baik selepas melihat gambar yang tersebar menunjukkan Sakinah sangat mesra bersama seorang lelaki Sweden iaitu Michael Hansen. Gambar yang dikongsikan ini sangat mesra tak tumpah seperti orang yang dah berkahwin.

ohmedia sakinah

Sebelum itu, tersebar juga gambar yang menunjukkan Sakinah dengan emoji cincin yang mungkin menunjukkan dia sudah disatukan.

IKLAN

Astro Gempak cuba mendapatkan respon Sharifah dan ini jawapannya.

Ya ke? Sumpah saya tak tahu dia dah berkahwin ke dah bertunang ke. Apapun kami tidak menghalang sekiranya dia bertemu jodoh. Itu kehidupan dia, cuma kami minta doakan yang baik-baik buat dia. Sakinah adik saya, darah daging saya. Saya sayangkan dia. Sakinah jenis yang suka mengusik, happy go lucky.

Mungkin emoji cincin tu dia letak sebab nak mengusik rakyat jelata iaitu netizen. Dia jenis yang tak suka bergaduh sebab benda-benda kecil, cuma kadang-kadang tu hyper sikit je. – Jelas Sharifah.

Jika dilihat dari update Sakinah di Instagram, memang dapat dilihat Sakinah banyak menghabiskan waktu bersama Michael.

Apapun, gambar seperti itu tidak sepatutnya tersebar kerana ia boleh menimbulkan fitnah. Bagi Ohmedia, gambar tu memang tak elok, kalau betul sudah berkahwin baguslah. Kalau belum, diharapkan lebih berhati-hati.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas