Connect with us

Oh! Media

(Unboxing) Smartphone Murah Berprofail Tinggi, OnePlus One

Ohmedia unboxing oneplus onejpg

Umum

(Unboxing) Smartphone Murah Berprofail Tinggi, OnePlus One

OnePlus One bukanlah satu nama smartphones yang asing lagi buat peminat gajet seluruh dunia malah pada ketika ini, phone ini menerima permintaan yang teramat tinggi seluruh dunia. Untuk mendapatkannya sedikit sukar di mana ianya hanya boleh dibeli melalui jemputan sahaja ketika ini dan tidak dipasarkan ke seluruh dunia secara terbuka.

ONE merupakan phone pertama keluaran ONEPLUS yang teramat istimewa terutamanya dijual pada harga yang sangat murah (antara RM1000 ke 1500 untuk 16GB dan 64GB) yang langsung tidak sepadan dengan spesifikasinya yang lebih hebat ataupun sama dengan flagship yang ada di pasaran ketika ini seperti Samsung Galaxy S5, HTC One (M8), mahupun iPhone yang mana semuanya dijual pada harga tertinggi dalam kelompok telefon pintar yang wujud.

Benchmark

Dari benchmark yang dilakukan, phone ini dapat menewaskan segala jenis jenama-jenama phone bajet lain dan juga phone yang mahal. Kalau spec yang flagship pun dah menangis, apa lagi yang lain. Pada kami, kita harus sokong agar syarikat-syarikat smartphone terkemuka lain tidak terus meletakkan tahap harga smartphone yang berkuasa tinggi mesti nak kena harga RM2000 ke atas.

IKLAN

Unboxing Video:

Phone ini digelarkan sebagai “2014 Flahship Killer”.

Spesifikasi:

OhMedia akan memaparkan artikel penuh tidak lama lagi yang lengkap dengan contoh gambar, video dan lain-lain. Jadi stay tuned bersama Oh! Media melalui Facebook dan Twitter kami. Anda juga boleh mengikuti banyak perkongsian mengenai phone ini di Instagram @ohmedia.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas